Wednesday 29 October 2014

KURSUS ASAS PRS

 


CARTA ORGANISASI KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SKTSA


CARTA ORGANISASI KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) SKTSA


PENGERUSI
TUAN HAJI NOR AZMI BIN RAHMAT
GURU BESAR

TIMBALAN PENGERUS
EN. NORAZIZI BIN RUSLEE
GPK KOKURIKULUM

 
NAIB PENGERUSI
PN. CHE NORLIA BT ISMAIL
GPK PENTADBIRAN
 
GURU PENASIHAT KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
1. EN. MUHAMAD HAFIZIN BIN YUSOF
2. PN. NOORSHAZILA BINTI ZULKIFLI
3. PN. HAJAH MAIZATUL ARNIZA BINTI MOHD BADRI
4. CIK NURUL HAYANI BINTI MUSTAPA KAMAL


ETIKA PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


 Etika Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

     Amanah dan menyimpan rahsia
     Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
     Memahami batasan dan keupayaan diri
     Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
   Melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri dan atau orang lain.
     Merujuk kes rumit kepada guru bimbingan dan kaunseling.
     Mematuhi peraturan sekolah, dan norma masyarakat dan agama.

PRINSIP PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)



Prinsip Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.
 




FALSAFAH PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)

Falsafah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

                                                                                                    "Bantu diri untuk membantu orang lain" 
  Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu, anda seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan. perlakuan, perhubungan, kreativiti, dan keimanan.

PENGENALAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


   Siapakah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)?
 
    Zuraidah (1987),PRS adalah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas memberi nasihat dan menyelesaikan masalah orang lain. 

      
Tujuan Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

      Program Pembimbing Rakan (PRS) diadakan adalah untuk melatih para belia dan remaja agar dapat menguasai kemahiran membantu rakan pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi mental, sosial atau emosional, disamping melatih mereka membantu diri sendiri.